Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Kewangan Dan Akaun Kali Ke-21 (Bil. 1/2014)

     

Selaras dengan para 41 Perlembagaan UniSZA, Akta Universiti Dan Kolej Universiti 1971,  Penubuhan Jawatankuasa Tetap Kewangan  adalah bertujuan untuk untuk membantu agensi mengawasi, memantau dan menyelia semua urusan kewangan agar berjalan lancar dan menepati peraturan yang telah ditetapkan. 

 

Mesyuarat JPKA kali ke-21 (Bil. 1/2014) telah diadakan pada 20 Februari 2014. Mesyuarat JTK yang diadakan di Kementerian Pendidikan Malaysia, Putrajaya  telah  dipengerusikan oleh Yg. Bhg. Dato' Ab. Radzak bin Ab Rahman dan dihadiri oleh Profesor Dr. Mahadzirah binti Mohamad dan En. Nordin bin Jusoh. Manakala Pn. Shakimah binti Endut bertindak selaku setiausaha jawatankuasa tersebut.

Pada mesyuarat tersebut, ahli-ahli JTK  membincangkan hal-ehwal pengurusan kewangan UniSZA seiring dengan kehendak Pekeliling Perbendaharaan. Antara agenda yang diberi perhatian adalah cadangan pengagihan bajet mengurus bagi tahun 2014 untuk kegunaan setiap Pusat Tanggungjawab yang dilihat ianya perlu selaras perbelanjaan berhemat. Selain daripada itu, ahli-ahli JTK memuji keprihatinan  PTj terhadap prsetasi bajet masing-masing. Ini dapat dilihat amalan viremen mahupun permohonan dipraktikkan dengan  meluas.

PrintEmail