Berkhidmat Di Majlis Pecah Tanah Hospital Pengajar UniSZA

BERKHIDMAT DI MAJLIS PECAH TANAH HOSPITAL PENGAJAR UNISZA

Warga Pejabat Bendahari diberi tanggungjawab selaku penggerak kepada jawatankuasa makan minum bagi majlis pecah tanah bagi projek pembinaan Hospital Pengajar Universiti Sultan Zainal Abidin pada 18 September 2014. Majlis pecah tanah tersebut dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan diiringi Menteri Besar, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman , Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh, Speaker Dun, Datuk Mohd Zubir Embong dan Naib Canselor UniSZA, Prof Datuk Dr Yahaya Ibrahim

Katanya lagi, pembinaan hospital itu memberi makna kepadanya selaku perdana menteri bagi merealisasikan hasrat dan titah ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Mizan Zainal Abidin. Menurutnya Datuk Seri Najib Tun Razak, sebanyak 200 katil akan ditambah bagi fasa kedua projek pembinaan Hospital Pengajar UniSZA menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 400 katil.

Pada majlis itu, kira-kira 15,000 tetamu hadir dari pelbagai agensi kerajaan dan swasta, para pelajar serta penduduk setempat. 

 

PrintEmail