BAHAGIAN PENGURUSAN KEWANGAN STRATEGIK
Seksyen Hasil
- Menguruskan penerimaan wang dan merancang aktiviti pelaburan Universiti.
- Merancang keperluan tunai semasa.
- Mengeluar inbois, memantau kutipan dan menyediakan laporan bulanan bagi penyewa di UniSZA.
- Melantik pegawai pemungut.
- Menyediakan penyata penyesesuaian bank akaun BIMB Hasil 2.
- Mengurus kawalan kredit bagi semua penghutang universiti kecuali penghutang pelajar.
- Menguruskan proses pendaftaran penghutang, proses kutipan dan pelaporan berkaitan CTOS.
- Memantau pengeluaran resit di setiap PTj menerusi penggunaan Sistem Front End Receipting (FER).
- Mengenalpasti setiap terimaan yang diterima di akaun semasa UniSZA termasuk terimaan melalui online gateway.
Seksyen Perolehan
- Menguruskan semua perolehan Universiti termasuk pembelian terus, sebutharga dan tender bagi semua Kumpulan Wang.
- Menyediakan khidmat pendaftaran pembekal.
- Menyediakan dokumen perolehan.
- Menguruskan pembukaan peti sebut harga/tender.
- Mengeluarkan surat tawaran/setuju terima/pesanan tempatan.
- Memantau proses perolehan PTj.
- Menjadi urus setia Mesyuarat Jawatankuasa Sebut Harga (JSU) dan Mesyuarat Lembaga Perolehan Universiti (LP).
- Menyelia dan memantau semua kontrak Universiti berkait kewangan.
Seksyen Belanjawan
- Menguruskan, menyemak dan menyelaras permohonan anggaran belanja mengurus universiti dan agihan peruntukan mengurus tahunan untuk setiap PTj.
- Menyediakan maklumat-maklumat kewangan yang akan dijadikan sebagai input kepada permohonan geran pembangunan Rancangan Malaysia melalui pejabat Pengurusan Harta Benda (PPHB).
- Menyediakan perancangan dan penjadualan permohonan bajet tahunan.
- Menyediakan, menyemak, mengemukakan dan memantau prestasi belanjawan tahunan kepada Mesyuarat Jawatankuasa Bajet Universiti.
- Mengemaskini transaksi di dalam sistem Pemantauan Projek (SPP II) dibuat setiap bulan.
- Membantu PTj menyelaraskan isu berkaitan peruntukan operasi.
- Menjadi urus setia Mesyuarat Jawatankuasa Belanjawan Universiti (JBU), Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun (JKPA) dan Mesyuarat Jawatankuasa Penjimatan Universiti (JKPj)
- Menjadi urus setia penyediaan laporan JKPA dan L aporan Prestasi Perbelanjaan Mengurus dan Pembangunan secara bulanan untuk dihantar kepada Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
- Menyediakan Penyata Aliran Tunai (PAT) bagi tujuan penyaluran geran secara sukuan tahunan.
Seksyen Akaun
- Menyediakan pelaporan kewangan berkala universiti.
- Menguruskan hal-hal berkaitan pengauditan penyata kewangan.
- Mengeluarkan notis penutupan akaun kepada PTj.
- Menyediakan Penyata Kewangan Universiti, Nota Jemaah Menteri (NJM) dan Memorandum Jemaah Menteri (MJM).
- Membantu dalam penyediaan Laporan Tahunan Universiti.
- Menguruskan penyimpanan baucer-baucer dan rekod-rekod perakaunan.
- Menyediakan penyata penyesuaian bank akaun BIMB Induk, CIMB dan Bank Rakyat.
- Menjadi urus setia Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Kewangan dan Pelaburan (JTKP).
Seksyen Kewangan Pelajar
- Membuat pelaporan berkaitan hal ehwal kewangan pelajar.
- Menguruskan proses pengemaskinian kadar/struktur dan kenaan yuran pelajar.
- Menguruskan proses penyesuaian data kewangan pelajar antara pelbagai sistem.
- Menguruskan proses kutipan dan kawalan kredit pelajar/penaja pelajar.
- Menguruskan proses pengeluaran invois kepada penaja-penaja pelajar.
- Menguruskan proses semakan dan bayaran balik wang lebihan pelajar.
- Menguruskan proses kemaskini sistem bagi penangguhan bayaran yuran pelajar.
- Menguruskan kaunter kewangan pelajar.