BAHAGIAN PENGURUSAN KEWANGAN KORPORAT
Seksyen Kewangan Staf
- Menguruskan pembayaran dan potongan gaji/elaun/lain-lain elaun berkaitan kepada staf dan Pekerja Sambilan Harian (PSH).
- Menguruskan pinjaman kenderaan dan komputer staf universiti.
- Menyediakan surat iringan bagi pinjaman Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA).
- Menguruskan pembayaran tuntutan dan pendahuluan kepada staf bagi kumpulan wang mengurus.
- Memproses pembayaran melalui Electronic Fund Transfer (EFT) dan cek.
- Menguruskan pelarasan pendahuluan diri/pelbagai.
- Menyediakan Penyata Pendahuluan setiap sukuan tahun.
Seksyen Bayaran
- Menguruskan pembayaran kepada pembekal / pihak luar bagi peruntukan selain Penyelidikan dan Amanah.
- Menguruskan tuntutan pensyarah sambilan.
- Menguruskan pemberian panjar wang runcit.
- Memproses pembayaran melalui Electronic Fund Transfer (EFT), cek dan permohonan demand draf ke bank.
- Menyediakan laporan pembayaran bulanan dan sukuan kepada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan laporan statistik penggunaan EFT dan cek kepada Jabatan Akauntan Negara (JAN) .
Seksyen Aset
- Mengurus dan memantau pengurusan aset Universiti merangkumi penerimaan, pendaftaran, penyimpanan, pemeriksaan, pelupusan serta kehilangan dan hapuskira aset Universiti.
- Menguruskan Stor Pusat merangkumi perolehan stok bekalan pejabat, penerimaan, merekod stok, penyimpanan, pengeluaran, pemeriksaan, pelupusan serta kehilangan dan hapuskira stok.
- Menjadi urus setia dan memastikan mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aset Kerajaan (JKPAK) diadakan setiap sukuan tahun.
- Menguruskan keperluan perolehan aset Universiti.
- Menyediakan penutupan akaun bulanan dan tahunan bagi aset Universiti.
- Menyediakan khidmat nasihat dan pelaporan.
Seksyen Penyelidikan & Amanah
- Menguruskan hal-hal berkaitan pelaporan kewangan dan prestasi peruntukan bagi projek amanah/penyelidikan.
- Menyediakan maklumat perolehan dan pembayaran berkait dengan amanah/penyelidikan untuk makluman PTj, Jawatankuasa berkaitan, pihak Pengurusan Universiti, serta Kementerian.
- Menyediakan dan menyelia daftar geran tertunda.
- Menyediakan data auditan MyRA, SETARA, MyMOHES dan lain lain yang berkaitan.
- Menjadi ahli Jawatakuasa Tabung Kebajikan dan Perlindungan Mahasiswa (TKPM).
- Menjadi ahli Jawatankuasa Pengurusan Penyelidikan (JkPP).