Soalan Lazim Staf
S : Di manakah tempat pembayaran akaun dibuat?
J : Sebarang pembayaran dibuat di Kaunter Bahagian Pembayaran, Jabatan Bendahari Kampus Gong Badak.
S : Bagaimana hendak mendaftar sebagai kontraktor/pembekal berdaftar di UniSZA?
J : Pendaftaran boleh dilakukan melalui laman web Jabatan Bendahari secara online.
S : Di manakah tempat untuk mendapatkan dokumen sebut harga atau tender?
J : Dokumen sebutharga atau tender boleh didapati di Kaunter Pelbagai, Jabatan Bendahari Kampus Gong Badak.