Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kewangan Dan Akaun Kali Ke-22 (Bil. 4/2013)

Selaras dengan kehendak Akta Prosedur Kewangan 1957, penubuhan Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun (JPKA) di peringkat setiap agensi Kerajaan adalah bertujuan untuk untuk membantu agensi mengawasi, memantau dan menyelia semua urusan kewangan agar berjalan lancar dan menepati peraturan yang telah ditetapkan. 

Mesyuarat JPKA kali ke-22 (Bil. 4/2013) telah diadakan pada 27 Disember 2013. Mesyuarat JPKA yang diadakan di Kampus antarabangsa Kuala Lumpur telah  dipengerusikan oleh Yg. Bhg. Naib Canselor Prof. Yahaya bin Ibrahim dan dihadiri ahli-ahli Pengurusan Tertinggi Universiti bersama dengan Pengarah Kampus Tembila, Pengarah Pembangunan dan Ketua Audit Dalam.

 Pada mesyuarat tersebut, ahli-ahli JPKA membincangkan hal-ehwal pengurusan kewangan UniSZA yang berkaitan pengurusan bajet, perolehan, hasil, aset dan stor dan sebagainya seiring dengan kehendak Pekeliling Perbendaharaan. Antara agenda yang diberi perhatian adalah cadangan pengagihan bajet mengurus bagi tahun 2014 untuk kegunaan setiap Pusat Tanggungjawab yang dilihat ianya perlu selaras perbelanjaan berhemat. Selain daripada itu, setiap warga UniSZA perlulah peka terhadap pendahuluan diri dan pelbagai yang telah dibuat bagi setiap urusan rasmi Universiti.

 

PrintEmail